Monday 30 May 2011

M@WEE, Tak Lama tapi Bermakna!


Kini [M@WEE] bukan lagi edisi cubaan. [M@WEE] kini menghidangkan anda pelbagai jenis santapan rohani yang bermanfaat. InsyaAllah, [M@WEE]  akan diteruskan hingga 30 Jun ini dengan pelbagai kupasan menarik setiap hari.

Antaranya:
Isnin ~ Tema tertentu.. oleh Muhammad Nur Iman Fadzil
Selasa ~ Tafsir surah pilihan oleh Saudara Naufal Jailani
Rabu ~ Bedah buku (maza yakni) oleh saudara Ahmad Johari Mohamad
Khamis ~ Sirah (raheequl makhtum) oleh Saudara Ashraaf Raiez dan Firdaus Nuruzzaman
Jumaat ~ Riyadus solihin... Muhd Syahir Sabri


Macam-macam ada kan? Pastikan temujanji anda setiap hari isnin-jumaat, pada pukul 5.00-5.30 pagi! Anjuran 56, Melbourne Road, Coventry. Sarapan rohani. 30 minit saja - tak lama, tapi bermakna! Memang tak rugi.

Nak buat temujanju dengan [M@WEE], bagaimana? 

 M@WEE di Paltalk Add Paltalk chat room - 56 Melbourne Road 

 Tak jumpa?

Add Paltalk ID - ashraaf_raiez

Tak lama, tapi bermakna~ :) insya'Allah..

Klik sini untuk  Facebook [M@WEE]

Jadi, apa lagi, JOM M@WEE!

Friday 27 May 2011

Selamat Jalan - Dr Rijal & keluarga

Pada tanggal 25 Mei 2011, sebuah lagi keluarga pejuang telah pulang ke tanah air setelah empat tahun bermastautin di bandar muslim Birmingham, United Kingdom. Dr Rijal (atau abang Rijal) dan isteri Kak Zuhaidah (atau lebih senang dikenali sebagai Kak Jue) akhirnya pulang ke Malaysia pada jam 9.20 malam waktu tempatan dari Birmingham International Airport (Birmingham-Dubai-Kuala Lumpur). Sebelum ini, lebih kurang dua minggu lalu, di rumah Dr Rijal, warga Birmingham baik dari pelajar prasiswazah dan pascasiswazah bergotong-royong mengangkut barang-barang yang akan dibawa pulang ke Malaysia ke dalam kontena.

Untuk pengetahuan, Dr Rijal menyambung pengajian di peringkat kedoktoran (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Electrical Engineering) di University of Birmingham. Beliau merupakan orang kuat yang banyak membantu warga pascasiswazah Birmingham, dan aktif dalam aktiviti-aktiviti mereka, contohnya Majlis Ilmu yang diadakan secara mingguan dan BBQ. Tidak kurang juga, beliau banyak membantu program-program IKRAM untuk prasiswazah terutamanya.

Kak Zuhaidah, atau Kak Jue, walaupun hanya seorang surirumah tetap, beliau tetap ringan tulang untuk membantu warga Birmingham. Beliau pernah menguruskan usrah para ibu dan sentiasa menolong untuk menyediakan makanan dalam program-program kawasan.


Suasana di Birmingham International Airport

Hubungan yang baik dengan masyarakat di sini menjadikan Dr Rijal sekeluarga disenangi semua. Suasana di lapangan terbang merupakan buktinya. Hampir 50 orang datang untuk mengiringi mereka pulang. Tambah meriah apabila yang hadir bersama merupakan anak-anak masing-masing, barangkali ingin turut sama mengucapkan selamat tinggal  kepada rakan-rakan mereka (anak-anak Dr Rijal) - Fatih, Anis, Fawwaz dan si cilik Khalis.

Check-in barang-barang ke dalam kargo

Setelah check-in barang-barang terakhir ke dalam kapal terbang, semua mengambil kesempatan untuk bermesra buat kali terakhir bersama keluarga Dr Rijal. Semestinya gambar kenang-kenangan bersama warga Birmingham tidak lupa diambil. Majlis perpisahan kecil-kecilan sebenarnya telah dibuat di antara warga pascasiswazah dalam majlis ilmu sebelum ini. Hari ini cuma wakil pra-siswazah saja yang menyerahkan hadiah penghargaan.

Gambar-gambar untuk tatapan:

Bermesra dan berbual kali terakhir sementara menanti pintu gerbang dibuka
Bergambar kenangan bersama rakan-rakan pasca-siswazah

Dr Rijal (berkemeja ungu) bersama wakil  pra-siswazah dan Dr Hafizal

Kak Jue bersama dengan wakil  pra-siswazah
kak Jue bersama anak-anak pasca-siswazah

Puan Dina bersama-sama anak-anak kak Jue. Mana Khalis?
Si Kecil tidak ketinggalan untuk mengucapkan selamat tinggal.


"Jumpa di Malaysia, Insya Allah." barangkali itu yang dibisikkan
Sebelum masuk ke balai berlepas (Fahmi sempat berbisik apa pada Fatih/Fawwaz?)
Selamat pulang Dr. Rijal sekeluarga, jumpa lagi di Malaysia, insyaAllah,
Harapan kami, semoga Dr Rijal dan Kak Jue terus berjaya dalam bidang masing-masing, dan terus menyokong perjuangan kami yang tinggal di sini, dan tetap teguh atas jalan ini di mana jua kalian berada. Insya Allah ada rezeki kita masih boleh bertemu di tanah air, kiranya umur masih ada.

Wednesday 18 May 2011

[Reviu Buku] The Ideal Muslimah


Tajuk : The Ideal Muslimah
Penulis: Dr. Muhammad Ali Al- Hashimi
Tahun: 2005
Harga: £16( Kedai WM)
Bil. Mukasurat: 538




The Ideal Muslimah
Sekali lalu saya lihat buku ini, tebal.  Kulit buku pun tebal, bahasa inggeris pula tu.  Soalan tipikal datang, apakah mampu saya habiskan buku yang setebal ini? Akhirnya secara perlahan-lahan saya memulakan penerokaan ilmu melalui buku ini. Setelah menyelak helaian demi helaian, saya semakin pantas meneroka buku ini.



The Ideal Muslimah.
Setelah diteliti cara penulisan, gaya bahasanya membuatkan saya agak senang untuk meneruskan pembacaan merentasi helaian demi helaian, tajuk demi tajuk dan bab demi bab. Gaya penulisan penulis tidak ubah seperti  seorang ayah memberikan nasihat kepada anak perempuan yang sangat dikasihi. Penuh dengan kasih sayang, ayat Quran dan hadis yang bertepatan, kisah para sahabat dan sahabiah dijadikan teladan, sunnah nabi Muhammad dijadikan ikutan dan juga kata-kata bijak pandai menjadi sandaran.

Apa yang saya boleh dapat melalui buku ini?

Buku ini banyak panduan untuk menjadi seorang wanita yang mengabdikan diri pada Allah dan pada masa yang sama menjaga hubungan dan berbakti kepada manusia.  Buku ini telah dibahagikan kepada sepuluh bab. Setiap bab akan dipecahkan kepada tajuk-tajuk yang bertemakan bab tersebut dan membincangkannya  dengan teliti.

Antara tajuk –tajuk yang diketengahkan adalah:
1)      
  1.  The Muslim woman and her Lord
  2.    The Muslim woman and Her Own Self
  3.    The Muslim Woman and Her Parents
  4.    The Muslim Woman And Her Husband
  5.    The Muslim Woman and Her child
  6.     The Muslim Woman and Her sons and daughters in law
  7.     The Muslim Woman and Her Relatives
  8.    The Muslim Woman and Her neighbours
  9.     The Muslim woman and Her  friends and sisters in Islam
  10.    The Muslim woman and Her community or society.

    Melalui susunuan tajuk , kita dapat melihat bagaimana penulis menyentuh satu persatu kepentingan wanita dengan persekitarannya dan  dirinya sendiri.  Sebagai contoh dalam tajuk The muslim Woman and Her Parents, terlalu banyak yang dipelajari, contohnya bagaimana untuk menghormati ibu bapa, berbakti dengan ibu bapa dengan lebih baik. Sedikit yang dapat saya garap melalui buku ini,

Abdullah ibn Mas’ood said:

“ I asked the Prophet, ‘Which deed is most likely by Allah?’  ‘He said, ‘Prayer offered on time’. I asked him, ‘Then what?’ He said, ‘Kindness and respect toward parents.’ I asked him, ‘Then what?’ He said, ‘Jihad for the sake of Allah.’’’ [1]

       Melalui hadis ini, kita dapat melihat dimana keutamaan berbakti pada ibu bapa kita, betapa utamanya mereka kerana ibadah berbakti kepada mereka berdua diletakkan ditangga kedua selepas menyembah Allah. Selain dari hadis, ayat Quran dan kisah para sahabat juga menguatkan satu persatu nilai yang penulis ingin ketengahkan.   Selain itu, mengapa buku ini juga adalah kerana doa. Buku ini juga  dengan doa yang dipetik dari al-Quran.

      Buku ini merupakan buku yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutama sekali wanita. Sesuai. Pada saya buku ini mempunyai garis panduan yang baik dalam memimpin  wanita muslimah untuk mengabdikan diri pada Allah tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai anak, isteri, ibu, sanak –saudara dan juga jiran tetangga.

1 Bukhari dan Muslim,  Dr. Muhammad Ali al- Hashimi, The Ideal Muslimah, hal. 163

Sunday 8 May 2011

Majlis Solat Sunat Hajat dan Ceramah Motivasi


Assalamualaikum wbt~

Alhamdulillah.. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan nikmat dan inayahnya, IKRAM WM dengan kerjasama Malaysian Society(MaSoc) University of Birmingham, berjaya mengadakan program solat hajat dan ceramah motivasi yang bertempat di Cadbury Room, University of Birmingham pada tanggal 7 Mei 2011. Majlis kali ini diceriakan lagi dengan kehadiran Ustaz Amar Sidque Mohd Amin, atase pendidikan (Bimbingan Agama) Education Malaysia yang baru sahaja sampai di United Kingdom pada bulan April yang lalu. Selamat datang diucapkan kepada Ustaz!

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah dan disusuli dengan solat sunat hajat. Dalam kesempatan yang ada, Ustaz Amar sempat untuk berkongsi mengenai fadilat dan kaifiyah solat sunat Hajat berdasar sunnah Rasulullah saw.

Saudara Muhammad Herman Rawi melaungkan azan menandakan masuknya waktu solat fardhu Maghrib

Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan terjemahan oleh Saudara Mohd Rasydan Baharin, pelajar seni bina dari Birmingham City University mengenai ayat Seribu Dinar.

Saudara Rasydan saat membacakan potongan dari ayat suci Al-Quran

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberi rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sungguh, Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu”
[Surah At-Talaq : 2-3]

Ayat yang dibaca menerangkan konsep usaha dan tawakkal dalam kehidupan seorang muslim. Sering kali disalahfahami bahawa tawakkal itu datang selepas usaha ataupun selepas penat belajar barulah berdoa. Namun, dalam ayat yang lain Allah swt  menerangkan bahawa “faiza ‘azamta fa tawakkal ala Allah” yang maksudnya, “Maka apabila kamu berazam( untuk melakukan sesuatu), maka bertawakkallah kepada Allah”. Penggunaan “fa” dalam frasa kedua ayat tersebut menegaskan bawaha kepentingan bertawakkal sejurus berazam atau berniat melakukan kerja tersebut.

Juga, ingin ditekankan dalam ayat yang dibacakan adalah segala keputusan itu adalah berdasarkan ketetapan Allah. Justeru, apa yang perlu difikirkan oleh para hadirin adalah kepada usaha dan menerima segala keputusan yang telah ditetapkan oleh Maha Mengetahui.

Ucapan dari wakil IKRAM WM

Ucapan dari wakil MaSoc University of Birmingham

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari wakil IKRAM WM, saudara Wan Anwar Fahmi Wan Mohamad, pelajar Kejuruteraan Kimia University of Birmingham dan disusuli oleh ucapan dari wakil MaSoc, saudara Abdul Hadi Khalim, pelajar Kewangan University of Birmingham.

Kini, tiba giliran tetamu jemputan khas untuk majlis pada malam tersebut, Ustaz Amar untuk menyampaikan ceramah motivasinya yang bertajuk “Persediaan Menghadapi Peperiksaan”. Dalam ceramah motivasi beliau, Ustaz sempat menyentuh beberapa persediaan yang perlu dilakukan sebelum menduduki peperiksaan antaranya persiapan fizikal, persiapan mental, persiapan emosi dan persiapan rohani.

Ustaz Amar Sidque sewaktu menyampaikan ceramah beliau

Moga ceramah yang disampaikan oleh Ustaz sedikit sebanyak mampu mempersiapkan diri para hadirin yang bakal menduduki peperiksaan bermula minggu hadapan.

Juga, antara doa-doa yang dikongsikan oleh ustaz;

a. Doa semasa mengulang kaji pelajaran


"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

b. Doa sewaktu masuk ke dewan peperiksaan


"Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu"

c. Doa ketika lupa


"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa" (diulang 3 kali)

d. Doa memohon kejayaan (dibaca setiap kali sebelum tidur sehingga mendapat keputusan)


"Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’ dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh"

Beberapa gambar sewaktu majlis berlansung:

Pengurusi majlis pada malam tersebut, Saudara Ahmad Shahrul Kamal Hj Syahid 

Sebahagian dari peserta lelaki yang hadir

Sebahagian dari peserta perempuan yang hadir

Sesi menyampaikan cendera hati tanda terima kasih kepada Ustaz Amar Sidque kerana sudi menerima jemputan


Bittaufiq wan najah dari IKRAM WM kepada seluruh warga West Midlands~

“…Katakanlah ‘Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’, sungguh mereka yang memperoleh pengajaran adalah (mereka) yang berfikir mengunakan akal yang sihat”
[Surah Az-Zumar : 9]

Friday 6 May 2011

Majlis Solat Hajat 2011

[kredit gambar]


Assalamualaikum ,

Majlis Solat Hajat dan Jom Makan 

Masa : 7 Mei 2011

Tempat : University Of Birmingham
Cadbury Room
              
    Tentatif :  5.00- 8.00 : Jom Makan

8.00-10.00 : Solat Hajat, Solat Maghrib dan Tazkirah.

Tazkirah akan disampaikan oleh:
Ustadz Amar Sidque Mohd Amin

Semua dijemput hadir. 

[Kredit Gambar]





  • Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu , sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 2:153)




  • Selamat bermujahadah & mengulangkaji pelajaran
    Semoga Allah bersama kita
    semoga berjaya!
    Pulang dengan kejayaan berganda
    membuatkan ibu bapa tersenyum gembira
    kerana Allah kita berusaha.

    Summer Examination 2011
    University Of Birmingham
    Birmingham City University
    Aston University
    University of Warwick

    This Summer.



    Pre -Departure Programme.

    JOM

    Journey of a Muslim


    Click here, navigate to offical JOM website:
    1) Register
    2) Gain informations about your university
    3)Ask your senior 
    and many more. :)