Monday 10 October 2011

Tak Kenal, Maka Tak Cinta

KYS 2011
1 Oktober 2011
University Of Birmingham
"Harapnya ini kali terakhir untuk kita gunakan perkataan 'senior' atau menggelar hubungan antara kita 'senior-junior'. Lepas ini kita boleh jadi kawan, abang, kakak dan adik sebagai misalan."

Bagi saya, kata-kata ini amat benar. Kata-kata ini (lebih kurang) disampaikan dalam program Know Your Seniors sulung pada tahun 2010 oleh saudara Fahmi ketika dia menjadi panelis dalam forum tersebut. Program tahun ini pula, saya diminta memberi sedikit ucapan alu-aluan.

Tapi, saya bukanlah seorang yang pandai berucap di hadapan, malahan hampir tidak pernah saya ke depan pun! Entah apa yang saya perlu sampaikan di hadapan orang ramai. Ilham dari Allah, tergetis kata-kata ini dalam cepu fikir saya. Saya sempat menambah:
Memberi sedikit ucapan alu-aluan

"Supaya tidak ada jurang antara kita."

Masih mengekalkan format program pada tahun lepas, slot forum perkongsian tentang kehidupan seorang pelajar di United Kingdom tahun ini diisi oleh tiga panelis. Muhammad Hafiezul Hafizz bin Hussin, Ahmad Shahrul Kamal bin Haji Shahid, dan Nazatul Amira binti Hamzah. Sudah tentunya mereka bukan saja-saja dipilih, tetapi kasad maksud pilihan itu adalah kerana mereka ada pencapaian yang cemerlang, malah baik sikap, tinggi matlamat. Walaupun dua orang panelis lelaki sudah saya kenal selama dua tahun, saya percaya masih banyak lagi yang boleh saya cicip dari mereka.


Antara isi yang dibincangkan - tentang belajar, cara dan adab berkawan atau bergaul, isu bahasa dan slanga, sehinggalah kepada aspek menguruskan kewangan. Saya secara peribadi baru saja tahu tentang Kamal - bagaimana dia sangat teliti dalam menyimpan wang, hingga dijadikan belanja untuk dia mengerjakan umrah! Walaupun saya sudah melangkah ke tahun ketiga, saya masih belum berjaya dari sudut tabungan - kemungkinan juga faktor bidang dan pengangkutan ke universiti menghalang saya untuk menyimpan lebih banyak seperti dia, tetapi sekarang sepatutnya ia tidak jadi menjadi alasan.

Saudara Hafizin selaku pengerusi majlis
Saya juga tertarik dengan cerita dari panelis Nazatul Amira, tentang bertanya kepada pensyarah. Katanya, apabila tidak tahu, segera bertanya, dan tanyalah sebanyak-banyaknya. Dia dan kawannya pernah bertanya kepada pensyarah mereka sehingga pensyarah itu naik rimas dan berkata: "Please take them away from me!" Sampai begitu sekali - dan begitulah sepatutnya. tak semena-mena ini mengingatkan saya pada sepotong ayat dalam Al-Quran dalam surah an-Nahlu ayat 43:

"...maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." 

Paling istimewa adalah slot terakhir dalam forum, apabila mereka menghuraikan sedikit mengenai fiqh pelajar yang biasa diamalkan di luar negara khususnya. Persoalan seperti menjamakkan solat, memakai khuf untuk berwuduk, bersolat di tempat awam dan pakaian solat untuk muslimat adalah beberapa persoalan yang sangat biasa diamalkan di sini. dalam slot ini saya juga belajar sesuatu: tak sangka juga, khuf boleh ditempah secara online di eBay!

Barisan ahli panel yang tidak lokek berkongsi pengalaman
Dari kiri: saudara Hafizin, saudara Hafiz, saudara Kamal dan Saudari Amira

Suasana menjadi gamat apabila diserikan dengan jenaka spontan oleh moderator forum, Hafizin Tajudin. Kemudian ada soalan kuiz diselitkan di antara soalan-soalan untuk panelis. Soalan kuiz yang terakhir masih saya ingat, direka spontan oleh Hafizin: Siapa perdana menteri UK? Rupanya tak ramai yang tahu siapa perdana menteri UK - saya sendiri bila duduk di UK barulah sibuk nak ambil tahu!

Seperti tahun lepas juga, tetamu diminta berkumpul mengikut bidang masing-masing. Tujuannya untuk berkongsi dan bertanya tentang bidang masing-masing dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecilnya. 

Sebelum mengakhiri tulisan ini, saya turunkan juga sedikit petikan ayat tadabbur di awal majlis, yang dibaca oleh Najmi:

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata: 'Sungguh, aku termasuk dari orang-orang muslim (yang berserah diri)'? Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia." (Fussilat : 33-34)

Sampaikanlah yang baik dan benar, kongsikanlah ilmu yang bermanfaat, buat bekal pahala di akhirat. Insya Allah :) Dalam kekurangan majlis kali ini, mohon diambil yang bermanfaat, tegurlah mana yang kurang tepat.


Selamat Datang ke Birmingham!
Kini kita bersama-sama
Mengorak langkah, melakar kehidupan
Untuk dijadikan salah satu episod hidup kita
sebagai seorang pengembara=)



R

Tuesday 4 October 2011

Air Teh Itu Tidak Manis!!!!

Anda suka minum teh? Yaa..Saya yakin majoriti anda semua termasuklah diri saya sendiri sangat gemar minum teh.. Lebih-lebih lagi dalam cuaca UK yang sejuk-sejuk nyaman begini,membaca novel cinta (baca:lecture note) sambil menghirup secawan teh panas memanglah satu aktiviti yang sangat mengasyikkan! Lagi feel kalau biskut custard atau biskut Bourbon turut hadir bersama..hehe..

Ok,sekarang saya mahu mengajak pembaca semua untuk menjalankan satu eksperimen, kita namakan eksperimen itu “Eksperimen Teh Lipton”..

Bahan dan radas: Air panas, teh uncang Lipton, gula pasir, cawan, sudu.

Sila ikut arahan seperti yang tertera:

1st Step: Tuangkan 250ml air panas kedalam cawan..

2nd Step: Masukkan satu uncang teh Lipton kedalam cawan itu,biarkan selama beberapa ketika dan kemudian keluarkan uncang itu..

3rd Step: Masukkan 2 sudu teh gula kedalam cawan itu..

4th Step: Minum air tersebut!

****************************************************

Apakah yang anda dapat rasa?


“Eiksss!! Apasal teh ni rasa kelat dan tawar?? Tak rasa manis pon! Takde gula ke dalam air teh ni..Rasanya aku dah letak gula tadi..Ke gula yang aku letak ni memang jenis gula yang tak manis?” Monolog anda bersendirian..

Hurm, setelah anda bermuhasabah kembali step-step yang telah anda lakukan sebentar tadi,barulah anda tersedar yang anda terlupa satu step penting dalam proses pembuatan air teh tersebut, yakni step mengacau (STIR) gula dalam air teh tersebut sebelum diminum.

Hah, setelah anda mengacau gula dalam air teh tersebut secukupnya,barulah anda dapat merasakan betapa manisnya gula dalam teh tersebut.. :)

Dan sekarang,bolehlah anda menikmati teh tersebut sambil menikmati biskut Bourbon bersama rakan-rakan anda yg tersayang.. :D

***************************************************

Cuba kita sama-sama renungkan.. Kita sering mendengar kata-kata hikmah "iman itu manis, lebih manis dari gula","nikmat iman itu cukup lazat", dan sebagainya..Kita semua umat Islam, Insya Allah mempunyai iman (samada lemah ataupun kuat) dalam diri kita, tapi yang peliknya tak dapat pun nak merasai kemanisan iman itu sendiri.. Kenapa ya?

Berbalik kepada eksperimen Teh Lipton itu tadi, kita dapat lihat, walaupun gula itu berada di dalam air teh itu, tapi kalau kita tak mengacau gula tersebut, kita takkan dapat rasa kemanisan gula dalam air teh tersebut..Tak kira lah, berapa banyak sudu gula pun kita masukkan, kalau kita tidak mengacau gula tersebut, air teh tersebut tetap takkan rasa manis! Selepas kita dah mengacau gula tersebut, dan gula itu melarut dalam air teh, kemudian barulah kita dapat merasakan KEMANISAN GULA tersebut..

Samalah juga halnya dengan iman..Iman itu ada dalam diri kita setiap Muslim Insya Allah, Jika kita hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa, maka sukarlah kita untuk merasai iman tersebut..Tetapi setelah kita BERTINDAK untuk mengusahakan iman tersebut, INSYAALLAH, iman itu akan ’melarut’ ke dalam seluruh anggota tubuh badan kita dan hasilnya kita akan dapat merasai KEMANISAN IMAN tersebut..
USAHA ATAS IMAN.. Itulah kuncinya..


Bagaimana caranya?

Baaaanyakkk sangat caranya! Dari sekecil-kecil amalan,hinggalah ke sebesar-besar amalan.. Tilawah Quran, bersedekah, solat jemaah dimasjid, ajak kawan-kawan kepada kebaikan, zikir etc,etc,etc.. Semua itu merupakan antara cara-cara untuk mengusahakan iman dalam diri kita.. Dan yang paling penting, jangan lupa untuk berdoa kepada ALLAH agar Allah mengurniakan nikmat kemanisan iman tersebut kepada kita semua insyaAllah.. Bukankah Allah itu pemilik kepada segala sesuatu?:)

JOM! Sama-sama azam untuk USAHA atas IMAN kita!:D

InsyaAllah..(^.^)V

Sama-samalah kita hayati hadis ini..

Hadis Anas r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.
(Riwayat Muslim)

Wallahua’lam..:)

kredit gambar di sini dan sini.

Saturday 1 October 2011

Jom ke iWarwick!

Salaam alayk~

Belum bersedia untuk menghadapi tahun akademik yang baru?
Tahun pertama di universiti?
Rasa ingin memperbaiki keadaan berbanding tahun akademik yang lalu?
Risau dengan pembahagian masa?
Bagaimana mahu cemerlang dalam akademik pada masa yang sama aktif berpersatuan?
Nak jumpa ramai kawan-kawan?

JOM! Ke iWarwick!!!!



iWarwick ni apa eh?

iWarwick ni adalah program kick-start untuk para pelajar yang akan menyambung pengajian di University of Warwick. Bukan sahaja meningkatkan motivasi diri tetapi terdapat perkongsian-perkongsian yang menarik dari panelis-panelis yang menarik dan berpengalaman.. Er.. yang berpengalaman tu.. betul-betul berpengalaman lah!

Aktiviti-aktiviti menarik?

iWarwick menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik termasuklah program perkongsian ilmu dan aktiviti-aktiviti luar. Sangat menarik!! Boleh jadi, peluang untuk menyihatkan badan juga? Pelbagai hadiah menarik turut disediakan buat para pemenang dan peserta yang bertuah. Turut memperkenalkan Warwick+!!!

Bila + di mana?

InsyaAllah.. iWarwick akan diadakan pada 8 October 2011 bermula jam 8.30am hingga 4.30am. Tempat? Hehe.. Tempatnya adalah di University of Warwick.

Yuran?

Yuran pendaftaran adalah sebanyak £4. Sangat-sangat berbaloi dengan pengalaman dan ilmu yang bakal dipelajari. Buat mereka yang mendaftar sebelum hari Jumaat (0000 7 Oct 2011), potongan harga sebanyak 25% akan diberi. Yuran ini hanya perlu dibayar pada hari pendaftaran.

Tidak dilupakan, sarapan + makan tengahari + snacks disediakan!!

Tunggu apa lagi?? JOM! mendaftar di program iWarwick. Klik di sini untuk pautan ke borang pendaftaran.

Untuk informasi lanjut, tinggalkan pesanan anda di bahagian komentar entry ini.

Jumpa di sana!!!