Monday, 17 January 2011

Titik Mula Baru, Bukan Akhir Dahulu


Syukur.

Setelah MSM UK/Eire dijenamakan semula kepada IKRAM UK/Eire hujung Disember lalu, tiba masanya kita menapak langkah yang sama. Dahulunya MSM West Midlands, kini IKRAM West Midlands. Kali ini, kita namakan blog rasmi baru kita 'Kunang-kunang Tamadun'.

Kunang-kunang itu suluhnya tidak secerah lampu di jalan. Tapi saat berkumpulnya ratusan kunang-kunang, gelap jadi hilang, persekitaran makin terang. Dalam kawasan tasik yang nun jauh terasing di hutan, kunang-kunang ini hidup bersama membina kehidupan.

Begitulah kita, barangkali--ibarat kunang-kunang. Satu kerlipan bukan bermakna kita tidak bererti di sisi Islam. Hakikatnya, yang satu itulah yang menyumbang kepada pesona sinaran ratusan kunang-kunang. Di tepian danau agama yang dagang ini kita berusaha menyuluh jalan menuju kemuncak peradaban Islam yang kita impi-impikan!

Tetapi mesti diingat, permulaan yang baru ini bukan bermaksud kita melupakan tempat berpijak kita yang dahulu. Segala pengisian, perkongsian dan catatan di blog sebelum ini adalah garis panduan yang memandu kita untuk bergerak dengan lebih teratur.

Ayuh doakan penghijrahan ke 'danau' baru ini menjadikan kita lebih segar dan bertenaga menggerakkan Islam. Ciciplah air ilmu di tasik ini sebanyaknya. Sumbanglah cahaya kalian walau sedikit demi menerangi alam ini.

Allah jualah Maha Pemberi Cahaya.

"Allah (pemberi) cahaya kepada langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya, seperti lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohonyang diberkati, (iaitu)pohon zaitun yang tumbuh tidak pula di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

"(Cahaya itu) di rumah-rumah yang di sana telah diperintahkan Allah untuk memuliakan dan menyebut nama-Nya, di sana bertasbih (menyucikan) nama-Nya pada waktu pagi dan petang." (Surah An-Nur 24:35-36)

Bismillah. Dengan Nama Allah.

Sumber gambar

1 comment:

Anonymous said...

Kunang-kunang...

Biarpun seekor dalam kegelapan, kerlipanya itu mampu menumpukan setiap mata manusia yang terpandang. Tak perlu besar utk hebat, Tak perlu kekuatan untuk tumpaskn kegelapan, Cukuplah kerlipan yang indahnya dirindui bila ia tiada..

Lalu apakh beza dengan seorang daei?

Kecewa tatkala diuji..?

Aku tidak kerana:-

[9:129]-Kerana cukuplah Allah bagiku :)