IKRAM WM

Misi IKRAM UKE

IKRAM beraspirasi untuk menjadi sebuah jamaah Islam yang mengarusperdanakan dakwah di UK & Eire, yang mendokong fikrah Islamiyyah sejagat melalui sistem tarbiyyah yang syumul, terancang dan berkesan, demi menghasilkan para du'at yang beriltizam dan berintizam, di mana sahaja mereka berada.

Objektif IKRAM UKE
  • Mendokong cita-cita dan aspirasi Islam
  • Melaksanakan dakwah Islamiah kepada semua lapisan masyarakat amnya dan pelajar-pelajar Malaysia khususnya
  • Menggembeling tenaga pelajar-pelajar Malaysia dalam membentuk masyarakat pelajar yang cemerlang dan bertanggungjawab
  • Mendokong konsep kesatuan berdasarkan prinsip-prinsip Islam
  • Memenuhi tuntutan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w

Logo IKRAM

Logo IKRAM merangkumi dua bahagian: Sebuah huruf Arab atau Jawi iaitu “alif”; dan sebuah “glob” atau “dunia” di atas “alif”. Bila dicantumkan, kedua-dua bahagian ini boleh dilihat sebagai huruf Roman “i”. Maka kaedah seni yang digunakan menghasilkan pencantuman dan penindihan antara “alif” dengan “i”.

Makna lambang IKRAM ialah seperti berikut:

i. Huruf Arab “alif” dan huruf Roman “i” adalah permulaan bagi perkataan Ikram, Islam, Iman dan Ihsan serta juga beberapa perkataan yang membawa makna yang positif di dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti Inovasi dan Integriti.

ii. Dua warna yang digunakan ialah warna batu firus hijau kebiru-biruan atau torquoise (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu Edisi Kedua) bagi “alif” dan warna hijau bagi “glob”. Warna batu firus adalah warna segar kontemporari dan warna hijau adalah warna kesegaran sejagat.

Lagu IKRAM


Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne
Lagu oleh: Saff One
Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan


Aktiviti IKRAM UKE
  • Aktiviti Tarbiyah: Halaqah, Daurah, Kelas al-Quran, Program Rmadhan, Kuliyah Online
  • Aktiviti Kademik dan Motivasi: BOOM (Blooming Out of Mediocrity), SeSI (Seminar Sistem-sistem Islam), PMS (Perhimpunan Musim Sejuk), Boost Up!, JOM (Journey of A Muslim)
  • Aktiviti Sukan dan Lasak: Spring Camp, Summer Camp, PERKEMAS (Perkhemahan Musim Panas), Tamrin Rijal & Nisa', Jaulah Europe
  • Aktiviti Kemasyarakatan dan Anak-anak: Kutipan Tabung Misi Kasih, Program Umrah dan Haji, Perkhidmatan MSM Kargo, Misi Kasih Palestin, Tunas Taqwa Fan Club
  • Malajah: BICARA, Nur Ramadhan

Ahli Perwakilan IKRAM West Midlands 2011/2012


Jawatan
Nama
Mas’ul
Mohammad Ashraaf Raiez Mohammad Ridzuan
Naib Mas’ul
Ahmad Shahrul Kamal Haji Shahid
Mas’ulah
Nazatul Amira Hamzah
Naib Mas’ulah
Nor Shahida Tormiran
Setiausaha 1
Mohd Rasydan Fitri Mohd Bahrain
Setiausaha 2
Nurul Atiqah Salim
Bendahari
Athirah Hussin
Lujnah Ekonomi
Nurulhusna Zubir
Siti Maziyah Abdul Hamid
Shazwani Abdul Fatah
Lujnah Teknikal
Nur Afiqah Rosali
Nada Ismail
Lujnah Media
Nurul   Hidayah Bani
Mohd Rasydan Fitri Mohd Bahrain
Nur Liyana Syahirah Md Shariff
Fatin Marini Hasnuddin
Lujnah Tarbiyyah
Naufal Jailani
Nazatul Amira Hamzah
Lujnah Sukan & Rekreasi
Nurnasuha Hashim
Farah Arina Ibrahim
Fatin Nadia Mohamed Rafi

Lujnah Mesra Masyarakat & Pasca Siswazah
Dr. Ilfita Kamaliah Sahbudin
Lujnah Baitul Muslim
Dr. Mohd Hafizal Yunus
 Magdalena Samsudin