Tuesday 15 February 2011

Hati Yang Bersih

Peganglah hati kita dgn rapi.Jangan biarkan ia diserang racun2 yg bisa mematikannya =)
sumber pic :deviant art

"Dalam jasad manusia ada seketul daging,jika baik daging itu,maka baiklah seluruh tubuh,jika buruk daging itu,maka buruklah seluruh tubuh.Dan ketahuilah bahawa  itu adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

HATI..Kita tahu bahawa hati memainkan peranan yang penting dalam hidup. Tapi, kita sering tewas bila bab nak menjaga hati dan membersihkannya. Ini kerana dalam hati kita masih ada rasa cinta pada perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Nah, itulah punca yang menghalang hati daripada menjadi bersih.

" Dua cinta yang tidak boleh bersatu dalam satu masa adalah cinta kepada Allah dan cinta kepada maksiat"
Sabda RasulAllah SAW : "Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada dalam keimanan.Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada dalam keimanan iaitu iman yang sempurna.Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada dalam keimanan. (Sahih Muslim)

Ya. Bagaimana untuk khusyuk dalam solat andai diri masih lagi suka menonton filem-filem yang lagha? Kita masih lagi suka membuang masa, adakah kemudian kita memohon agar diberikan hati yang bersih?


Bagaimana hati mahu sensitif dengan dosa andai diri berterusan melakukan dosa? Tidakkah sukar untuk menghambakan diri padaNya jika dalam hati masih menyimpan rasa cinta pada kemungkaran?

Maka, di dalam proses kita membersihkan hati,kita perlulah membuang dahulu perkara-perkara jahiliyah yang masih ada dalam diri. Kita kena sentiasa bermujahadah untuk menangkis rasa cinta untuk melakukan perkara-perkara maksiat walaupun perkara itu adalah perkara yang kita suka buat. Hakikatnya, saat kita melakukan dosa, kita telah tewas dgn cinta kepada maksiat dan dimana kita letakkan rasa cinta kita pada Allah itu? Cinta yang mana wajar kita letak paling tertinggi dalam hidup kita?


(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah, Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya, kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
[Al-baqarah:165]


Analoginya seperti hati ibarat cawan yang kotor. Kalau kita sekadar isi air jernih ke dalam cawan yang kotor,kekotoran itu tidak hilang. Malah,air jernih itu yang akan dikotorkan. Tetapi,kalau kita isi air jernih,kita cuci, kita kikis kekotoran di dalam cawan itu, kemudian kita terus isi lagi air jernih, insyaAllah, kotoran di dalam cawan akan hilang, dan air di dalam cawan hanya tinggal air yang jernih.                     
  [Hilal Asyraf-Pemilik website Langit Ilahi]

Oleh itu, jangan kita biarkan rasa cinta kepada dosa yang menghalang kita dari menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya. Ayuh,bersihkan hati dan buang jahiliyah dalam diri :)

1 comment:

Anonymous said...

Erm,amat suke dgn analogi cawan tu..

Amat penting untuk kita bersihkn dahulu "kotoran2" yg ada dlm cawan tu agar "air" yg dimasukkan tu kekal jernih n putih..=)

nice post!