Suasana petang di Selly Park |
“Kau ni..macam perempuan lah Kay!”
Kay gigit bibir. Kurang ajar punya budak. Suka hati je mainkan jantina aku.
Kay gigit bibir. Kurang ajar punya budak. Suka hati je mainkan jantina aku.
“Suka tengok bulan..suka bunga pulak tu...”
Berderai ketawa rakan-rakannya petang itu. Di kala itu mereka serumah sedang berkelah di Selly Park, salah satu taman rekreasi yang ada di kawasan perumahan Selly Oak. Hanya sepuluh minit dari rumah mereka. Telatah Kay yang asyik menikmati keindahan landskap di situ mengundang usikan rakan-rakannya. Lebih-lebih lagi dia asyik pula bergambar dengan bunga-bunga di situ.
“Jambu betul gambar kau dengan bunga sakura yang pink ni...ala-ala drama korea...”
Giliran Hafiz pula bergurau. Kay sengih, ingatkan nak back up. Sama je dua kali lima dengan yang lain. Macam nilah kawan baik.
Giliran Hafiz pula bergurau. Kay sengih, ingatkan nak back up. Sama je dua kali lima dengan yang lain. Macam nilah kawan baik.
“Ok ape..memang orang kata muka aku macam Lee Hyun Ill pun,” balas Kay selamba.
“Ewww” Serentak kawan-kawannya menyahut. Kay senyum lebar. Aku iyakan kata-kata korang dapat eww-eww pula.
“Eh.. tapi Hyun Ill tu pemain badminton la...”
Sekali lagi berderai ketawa mereka. Kay garu kepala. Adoi, tersalah bagi contoh pula.
Sekali lagi berderai ketawa mereka. Kay garu kepala. Adoi, tersalah bagi contoh pula.
“Korang tau kenapa aku suka bunga..?”
Malas melayan usikan, Kay melontarkan soalan.Masing-masing mengangkat kening. Ni sesi kuiz ke?
“Because i am a muslim boy..”
Bunga, membawa seribu erti? [kredit gambar] |
*********************************************************************************
Peak Hour!
Suasana hingar-bingar di stesen kereta api London Euston. Lautan manusia bersimpang-siur di setiap pelosok. Semuanya bertolak-tolakan untuk masuk ke dalam tren tanpa mahu menunggu penumpang di dalamnya turun terlebih dahulu. Huh, manusia. Di kala keadaan sebegini, semua melupakan adab sopan. Terbukti salah mereka yang mengatakan manusia dunia barat ini berakhlak terpuji. Kay, atau nama sebenarnya Khair Al-Amin mengesat peluh di dahi sambil melabuhkan punggung di salah satu kerusi yang ada di bilik menunggu bersebelahan dengan platform 9, di mana kereta api yang ingin dinaikinya akan tiba. Meskipun suhu musim bunga di situ hanya 20 Celcius, kurang 15 Celcius dari kepanasan Malaysia, ia ternyata mampu memercikkan peluh hangat.
Kay meneguk banana milkshake yang dibeli sebentar tadi buat menemani perjalanan pulangnya ke Birmingham. Ha, terasa ada kedinginan yang mengalir dan menyejukkan tekaknya yang kekeringan. Kay senyum lega. Dia pandang sekeliling. Cermin lutsinar bilik tersebut memberikan pandangan jelas keadaan di luar. Lapisan manusia sedang menanti tren di dua platform yang berbeza. Satu di paltform 10 dan satu lagi platform 9. Mereka yang berada di platform 9 tentunya akan menaiki tren yang sama dengannya iaitu menuju ke Birmingham New Street.
“No! Wait for me!”
Suara halus seorang perempuan tua menarik perhatian Kay. Pantas dia memanjangkan leher meninjau di balik cermin bilik menunggu. Ada seorang perempuan kuit putih dalam lingkungan 70-an sedang dinafikan dari menaiki tren. Sekitar platform 10 sudah kosong. Hanya tinggal dia seorang. Pegawai yang melepaskan tren tadi untuk berlepas enggan mempedulikan perempauan tua itu. Perlahan-lahan ada air mata yang turun dari hujung matanya. Kay rasa kasihan. Dia tahu di waktu puncak sebegitu tidak ada insan yang benar-benar mahu menolong. Mata pantas melirik jam di tangan. Pukul 5:30 petang. Ada kira-kira dua puluh minit lagi sebelum tren yang ingin dinaikinya sampai. Lalu, dia pantas menyarung beg galasnya dan berkejar keluar ke platform 10.
“Excuse me lady. I saw what happened. Let me help you please. Where do you want to go?”
Terkejut. Sepasang mata bening yang masih bersisa air mata merenung anak muda di hadapannya. Bagai tidak percaya ada orang yang sudi menghulurkan bantuan. Lelaki asing pula tu. Bukan anak muda tempatan.
“The train...the train..”
Bagai tidak teratur suara yang keluar dari bibir tua itu. Kay tarik nafas. Dia sedar orang tua di hadapannya sedang kalut. Lantas, bahunya diusap lembut, cuba meredakan keresahannya. Bawa bertenang makcik..Perlahan getusan suara itu lahir dari hatinya.
“Calm down, You will be fine. Im here to help you.”
Kay melemparkan senyuman manis. Sedikit kata-kata Kay akhirnya mengendurkan sedikit keresahan di wajah perempuan tua itu.
“Oh yeah..”
Suara lemah itu menyahut. Kay menghulurkan tangan ingin membantu menjinjing beg bimbit berwarna biru muda kepunyaan perempuan tua itu. Agakkannya mungkin itu beg pakaiannya. Masya Allah beratnya! Sejurus selepas beg beralih tangan, Kay merasakan seolah-seolah ada budak berusia 5 tahun sedang bergayut di tangannya. Ya Allah, macam manalah makcik ni boleh cukup kuat memegang beg seberat ini dalam genggaman tapak tangannya?
“May I know what is your destination?”
Bersambung....
[hakcipta terpelihara Ikram WM]
No comments:
Post a Comment