Friday, 27 May 2011

Selamat Jalan - Dr Rijal & keluarga

Pada tanggal 25 Mei 2011, sebuah lagi keluarga pejuang telah pulang ke tanah air setelah empat tahun bermastautin di bandar muslim Birmingham, United Kingdom. Dr Rijal (atau abang Rijal) dan isteri Kak Zuhaidah (atau lebih senang dikenali sebagai Kak Jue) akhirnya pulang ke Malaysia pada jam 9.20 malam waktu tempatan dari Birmingham International Airport (Birmingham-Dubai-Kuala Lumpur). Sebelum ini, lebih kurang dua minggu lalu, di rumah Dr Rijal, warga Birmingham baik dari pelajar prasiswazah dan pascasiswazah bergotong-royong mengangkut barang-barang yang akan dibawa pulang ke Malaysia ke dalam kontena.

Untuk pengetahuan, Dr Rijal menyambung pengajian di peringkat kedoktoran (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Electrical Engineering) di University of Birmingham. Beliau merupakan orang kuat yang banyak membantu warga pascasiswazah Birmingham, dan aktif dalam aktiviti-aktiviti mereka, contohnya Majlis Ilmu yang diadakan secara mingguan dan BBQ. Tidak kurang juga, beliau banyak membantu program-program IKRAM untuk prasiswazah terutamanya.

Kak Zuhaidah, atau Kak Jue, walaupun hanya seorang surirumah tetap, beliau tetap ringan tulang untuk membantu warga Birmingham. Beliau pernah menguruskan usrah para ibu dan sentiasa menolong untuk menyediakan makanan dalam program-program kawasan.


Suasana di Birmingham International Airport

Hubungan yang baik dengan masyarakat di sini menjadikan Dr Rijal sekeluarga disenangi semua. Suasana di lapangan terbang merupakan buktinya. Hampir 50 orang datang untuk mengiringi mereka pulang. Tambah meriah apabila yang hadir bersama merupakan anak-anak masing-masing, barangkali ingin turut sama mengucapkan selamat tinggal  kepada rakan-rakan mereka (anak-anak Dr Rijal) - Fatih, Anis, Fawwaz dan si cilik Khalis.

Check-in barang-barang ke dalam kargo

Setelah check-in barang-barang terakhir ke dalam kapal terbang, semua mengambil kesempatan untuk bermesra buat kali terakhir bersama keluarga Dr Rijal. Semestinya gambar kenang-kenangan bersama warga Birmingham tidak lupa diambil. Majlis perpisahan kecil-kecilan sebenarnya telah dibuat di antara warga pascasiswazah dalam majlis ilmu sebelum ini. Hari ini cuma wakil pra-siswazah saja yang menyerahkan hadiah penghargaan.

Gambar-gambar untuk tatapan:

Bermesra dan berbual kali terakhir sementara menanti pintu gerbang dibuka
Bergambar kenangan bersama rakan-rakan pasca-siswazah

Dr Rijal (berkemeja ungu) bersama wakil  pra-siswazah dan Dr Hafizal

Kak Jue bersama dengan wakil  pra-siswazah
kak Jue bersama anak-anak pasca-siswazah

Puan Dina bersama-sama anak-anak kak Jue. Mana Khalis?
Si Kecil tidak ketinggalan untuk mengucapkan selamat tinggal.


"Jumpa di Malaysia, Insya Allah." barangkali itu yang dibisikkan
Sebelum masuk ke balai berlepas (Fahmi sempat berbisik apa pada Fatih/Fawwaz?)
Selamat pulang Dr. Rijal sekeluarga, jumpa lagi di Malaysia, insyaAllah,
Harapan kami, semoga Dr Rijal dan Kak Jue terus berjaya dalam bidang masing-masing, dan terus menyokong perjuangan kami yang tinggal di sini, dan tetap teguh atas jalan ini di mana jua kalian berada. Insya Allah ada rezeki kita masih boleh bertemu di tanah air, kiranya umur masih ada.

No comments: