Wednesday 15 June 2011

BBQ Summer 2011!

Alhamdulillah, pada 15 Jun 2011, sisters Birmingham telah di izinkan Allah untuk bersama-sama berkumpul dan berberbeque. Bbq tersebut telah diadakan di Jannatul Huda, salah sebuah rumah kami yang terletak di Selly Oak. Barbeque kali ini lebih kurang sama sahaja dengan sebelumnya apabila setiap rumah akan memerap ayam barbeque mengikut resepi tersendiri.

Petang 14 Jun 2011, pihak penaja telah mengagihkan ayam kepada rumah-rumah sisters. Rumah-rumah tersebut ialah Nur Kasih, Solehah, Qurratun, Huda dan Sakinah. Jadinya, dapatlah kami merasa resepi rahsia ayam barbeque untuk setiap rumah. Alhamdulillah, semuanya sedap.

Terima kasih pada mereka yang telah memeriahkan majlis. Tidak lupa pada kak Dini dan kak Ainol yang sudi datang bersama-sama dengan kami pada petang tersebut. Cuaca yang cerah juga telah melancarkan lagi majlis tersebut.

Beberapa gambar memori bersama BBQ summer 2011.







Kredit gambar: Ummi Mansor

No comments: