Anda masih ingat sejarah tingkatan dua? kita belajar tentang ikhwanul muslimin, gerakan kaum muda yang ditentang kaum tua, golongan reformis selepas jatuhnya khalifah hinggalah perjuangan pahlawan-pahlawan tanah air seperti Dato' Maharajalela, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain dalam menuntut keadilan dari penjajah British.
Baru -baru ini, salah satu tokoh yang pernah disentuh sedikit dari silibus tingkatan dua sejarah telah difilemkan.Sang Pencerah merupakan tajuk kepada filem ini. Mengisahkan tentang KH Dahlan, pengasas Madrasah Muhammadiyah. Kisah perjuangan beliau dalam melakukan tajdid pada masyarakat sudah cukup membuatkan kita berfikir panjang akan apa yang beliau ingin perjuangkan. Jika anda masih pulang ke Malaysia, sangat direkemenkan untuk anda menontonnya.
Untuk membawa pembaharuan kepada sesebuah masyarakat, bukanlah satu tugas yang ringan. KH Dahlan adalah salah seorang tokoh sejarah kaum muda yang sedaya upaya membawa pembaharuan dari segi cara berfikir, cara untuk maju. Tentangan itu sentiasa ada, antaranya dituduh kafir, dirobohkan pondok tempat beliau mencurahkan ilmu dan ejekan-ejekan dari anak-anak muda.
Baca sini untuk ulasan dari Dr. Hafidzi
Selamat menonton!.
No comments:
Post a Comment