Membantu mereka yang memerlukan bantuan, [kredit gambar] “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya.” (Muslim no. 2699) |
“Oh dear, I want to go to Nottingham.”
Nada suaranya lembut juga. Kelihatannya dia seakan sudah pulih dari terkejut dan sedih. Kay angguk kepala. Dia mencari-cari nama Nottingham di skrin kecil yang terlekat di dinding. Mujur skrin yang memaparkan informasi platform dan destinasi yang ingin dituju diletakkan juga di sekitar platform. Tak perlulah mereka naik semula ke stesen dan bergantung semata-mata pada skrin paparan di atas.
“Yup..There it is. The next train will depart from this platform to Nottingham in about 10 minutes. Hooray! You will be fine then since you are here and the train are not here yet..”
Kay bersuara gembira sambil mengunjukkan jari telunjuknya pada skrin. Perempuan tua itu memandang ke arah yang sama. Smile! Terukir senyuman di wajah perempuan tua itu. Ada kelegaan dan kesyukuran yang terpancar di wajahnya. Untung juga dia adalah warga emas. Polisi negara penjajah ini memihak pada mereka di mana rakyat berusia 60 tahun ke atas mendapat pelepasan percuma untuk menaiki mana-mana tren ke mana-mana destinasi.
“Oh my... I’m glad you are here. Thank you very much.”
Tanpa diduga, perempuan tua itu meraih tangan Kay dan mengenggamnya penuh mesra. Kay tergamam. Tak disangka, ucapan itu bakal diterimanya.
“Here. Take this.”
Sekuntum bunga ros dihulur. Bertambah rasa terkejut di hati Kay. Namun, pemberian itu diterima juga. Senyum segaris diukir bahagia.
“Value it with your hearts. You are a good muslim boy. May you remains a good muslim just like a flower. Only dies when the god calls for it.”
Bulat mata Kay mendengar bait-bait perkataan yang keluar dari mulut warga emas itu. Bagai tidak percaya. Pesanan seumpama itu belum pernah didengar lagi waima dari kalangan ikhwah akhawat sendiri pun. Semoga islammu kekal sehingga bertemu tuhan..seperti bunga musim bunga yang layu setelah tamatnya sunnatullah.
“Thanks..”
Penuh keharuan. Kay mengundur diri. Tangannya mengenggam erat kuntuman ros di tangan. Perempuan tua itu senyum. Ketika tren yang ingin dinaikinya menghampiri platform, mata tuanya merenung balik tubuh Kay yang meminta diri terlebih dahulu untuk mngejar trennya pula.
"May god bless you son."
*********************************************************************************
Bunga bertukar tangan, namun bukan sahaja bunga yang dia dapat, tetapi apa yang tersirat disebalik sekuntum bunga. [kredit gambar] |
“May you remains a good muslim just like a flower. Only dies when the god calls for it.”
Ayat terakhir itu terngiang-ngiang di kepala. Bagai masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri dan masuk kembali ke telinga kanan. Kay hela nafas panjang. Ada satu rasa yang sedang bertapak di hatinya. Rasa keinsafan. Keharuan yang datang tanpa diketahui dari mana. Adakah disebabkan kata-kata tadi?
Sepanjang perjalanan pulang, Kay buntu. Akhirnya, dek kerana gelisah hati yang ingin didesak pergi, sesampai sahaja dia di Birmingham New Street Station kakinya terus dihalakan untuk mengambil tren ke Selly Oak Station pula. Namun, bukan arah rumahnya yang dituju, tetapi rumah Kahfi, rumah yang didiami oleh beberapa abang seniornya. Salah seorang dari mereka merupakan naqibnya, Abang Ayid.
“Abang, kenapa saya tak boleh hilangkan perasaan ni?”
Kay memandang tepat wajah Ayid. Lelaki berwajah putih bersih dengan sedikit janggut di dagu itu senyum nipis. Nama sebenarnya Khalid tetapi dia lebih selesa orang memanggilnya Ayid.
“Apa yang Kay rasa bila dapat bunga ni?”
soalnya kembali sambil jari-jemarinya membelek kuntuman bunga ros yang Kay letakkan di atas meja. Kay angkat bahu. Perasaannya sukar ditafsirkan.
“Entah. saya rasa tergamam. Terkejut jugak. Tersentak pun ada.”
Kepalanya digaru sedikit. Tak tahu bagaimana hendak digambarkan perasaannya saat itu.
“Hmm..ok. Sekarang bagitahu abang dari mana dan kenapa itu perasaan Kay?”
Bagai seorang kaunselor Ayid mencungkil satu-persatu isi hati adiknya yang seorang itu.
“Tergamam. Tak sangka perempuan tua itu akan bagi bunga pada Kay. Rasa terkejut tu mungkin sebab saya tak sangka dalam banyak-banyak cara dia nak berterima kasih ialah dia bagi bunga. Tersentak tu...sebab...”
Sekali lagi Kay garu kepala.
“Sebab dia orang putih. Kay tak sangka dia akan pesan macam tu pada Kay?”
Ayid meneka, menghabiskan kata-kata Kay. Kay tersengih. Tak tahu nak jawab apa sebab dia sebenarnya pun tak pasti.
“Entah. Kay rasa Kay malu sebab orang putih yang pesan macam tu pada Kay. Kay rasa makcik tu nampak Kay baik masa tu tapi dia tak tahu pun Kay ni macam mana di sebalik Kay yang tolong dia kat train station tu...”
Tanpa berselindung Kay meluahkan rasa hatinya. Namun, reaksi Ayid nyata mengejutkan. Ayid gelak besar! Hahahaha...sampai berair-air matanya. Kay tarik muka. Isy...
“Ermm...ops..afwan..afwan..”
Tersedar muka Kay dah lain macam, Ayid membuang sisa tawanya. Dia menarik bahu Kay dan dipeluknya erat. Telapak tangnnya menepuk-nepuk bahu itu mesra, penuh kasih sayang. Ayid sedar pemuda di sebelahnya insan yang sangat sensitif. Setiap detik dalam hidupnya sangat signifikan dan sentiasa dijadikan panduan dalam hidup. Maka, menjadi tanggungjawabnya membimbing Kay untuk melalui detik-detik itu sebaiknya agar setiap masa itu memandu Kay ke arah jalan hidup yang betul.
“Kay tahu ada orang yang tahu apa yang Kay buat? Semua benda yang Kay buat dia tahu?”
Ayat bertukar matang semula. Kay angkat kening. Tertanya-tanya siapa yang dimaksudkan Ayid.
“Siapa?Abang Ayid hijack life saya ya?”
Meluru Kay menyerang Ayid.
“Mana ada! Bukan saya tapi..”
“Tapi..?”
“Allah...”
Pendek jawapan Ayid. Kay terdiam. Tiada sangkalan mahupun bantahan. Benar, Allah maha melihat. Tiada yang terlepas dari pandangannya. Kay gigit bibir.
“Apa kaitannya bang?”
Lemah dia menyoal. Terasa tak bermaya pula tiba-tiba bila diingatkan tentang hakikat Allah yang maha melihat. Kalau tadi dengan orang tua yang tidak tahu apa yang dia buat di rumah pun dia rasa malu bila dikatakan a good muslim kini rasa malu bertambah-tambah bila Allah tahu dia buat baik pada orang tua tapi dalam masa yang sama masih ada lagi kelalaian dan kesia-siaan yang dia lakukan.
“Kenapa abang cakap macam tu? Sebab, Allah maha melihat dan dia juga maha penyayang. Dia tahu hambanya yang seorang ni baik sebenarnya. Kan?Sebab dia sayangkan hambanya tu, bila dia nampak hambanya buat salah dia bagi teguran cara halus. Dialah yang membuatkan orang tua yang Kay jumpa tu menuturkan kata-kata tu pada Kay, dan kerana Dialah juga yang membuatkan Kay terasa dengan kata-kata itu. Supaya Kay terfikir dan berfikir kenapa Allah mengaturkan pertemuan Kay dan perempuan tu..”
Lembut dan berhemah Ayid memberi jawapan. Bicaranya yang sedikit itu perlahan-lahan diserap masuk ke dalam hati. Kay tarik nafas panjang. Kepalanya disandarkan pada bahu sofa dengan belakang bahunya masih lagi berlapikkan lengan Ayid.
“Abang rasa sangat sweet la..sebab mak cik tu titipkan bunga ros ni sekali. Mentang-mentang musim bunga. Tau tak apa yang abang terfikir.?”
“Apa dia?”
"Abang terfikir yang Allah tegur Kay di musim bunga..dengan bunga ros ni supaya bunga ros ni dapat berikan suntikan anaesthetic pada Kay . Jadi, tak adalah Kay sakit atau terasa hati bila ditegur dan dipesan macam tu..”
Kay sengih. Ehem, macam kenal lah ayat tu.
“Abang, saya tak adalah pelupa sangat tapi bukan ke ayat pasal suntikan anesthetic ni dialog cerita Full House?”
Tersengih-sengih Kay membidas. Matanya sempat dikenyitkan pada Ayid yang tersipu-sipu. Aduh, kantoi!
“Hehe..people make words. I just apply it in my real world!”
Ayid senyum disambut dengan senyuman Kay. Dua-dua kelihatan lega terutama sekali Kay. Wajahnya yang agak berserabut selama lebih dua jam dari London Ke Birmingham tadi beransur hilang. Hatinya mengakui kebenaran kata-kata Ayid..tentang teguran Allah padanya di musim bunga...manis sebab dihiasi hadirnya sekuntum bunga ros.
**********************************************************************************
“Ok! No more game, no more drama...no more akademi fantasia!”
Kay bersuara keras, yang hanya ditujukan pada dirinya sendiri. Bagai mendapat nafas baru, dia membuat cita-cita baru. Sesuatu yang ingin dicapai dan dikecapi.
Sedikit keazaman yang dipupuk untuk menjadi insan baru yang lebih syumul cara hidup ad-dinnya. Musim bunga baru tiba dan dia disuntik dengan peristiwa bermakna. Kay sedar, perubahan perlu dilakukan.. .agar dia menjadi bunga islam yang mekar.
“Because i am a muslim boy. Saya patutnya jadi bunga yang bukan sahaja cantik dipandang tapi harum baunya.”
Empat pasang mata yang lain memandangnya kagum. Tidak disangka, ada cerita di sebalik ada taman dalam hati sahabat yang seorang ini. Ingatkan Selly Oak ni bertamankan Selly Park je.
“Allah is so lovely huh?!”
Kay senyum.Pandangannya ditebarkan pada bunga-bungaan yang indah menghiasi taman hingga matanya terhenti pada pohon sakura berbunga merah jambu.
Yes, He is! If He’s not, where does these flowers come from?
Semekar bunga di taman..
Sehidup hati manusia..
Berakhir musim bunga..
Yang layu dan gugur hanya bunga..
Sebab itulah sunnah Allah padanya..
Tetapi hati perlu terus mekar kembang..
Sebab masa untuknya belum tiba..
Teruskanlah segar hingga ke syurga..
4 comments:
JZKKK for this superb writing! Mabruuk!
Beberapa persoalan:
- Hazumi tu apa?
- Cemana mak cik tu boleh tau dia muslim?
Papepon, keep up the good work mashaAllah!
Hazumi tu mksdnya musim bunga :)
Bismillah..
Obviously rupa kita tak mcm local people..;)
Tp jujurnya penulis terlepas pandang..terima kasih atas teguran..
Jzkkk..
Post a Comment