Wednesday, 15 June 2011

BBQ Summer 2011!

Alhamdulillah, pada 15 Jun 2011, sisters Birmingham telah di izinkan Allah untuk bersama-sama berkumpul dan berberbeque. Bbq tersebut telah diadakan di Jannatul Huda, salah sebuah rumah kami yang terletak di Selly Oak. Barbeque kali ini lebih kurang sama sahaja dengan sebelumnya apabila setiap rumah akan memerap ayam barbeque mengikut resepi tersendiri.

Petang 14 Jun 2011, pihak penaja telah mengagihkan ayam kepada rumah-rumah sisters. Rumah-rumah tersebut ialah Nur Kasih, Solehah, Qurratun, Huda dan Sakinah. Jadinya, dapatlah kami merasa resepi rahsia ayam barbeque untuk setiap rumah. Alhamdulillah, semuanya sedap.

Terima kasih pada mereka yang telah memeriahkan majlis. Tidak lupa pada kak Dini dan kak Ainol yang sudi datang bersama-sama dengan kami pada petang tersebut. Cuaca yang cerah juga telah melancarkan lagi majlis tersebut.

Beberapa gambar memori bersama BBQ summer 2011.







Kredit gambar: Ummi Mansor

Ada apa selepas exam??

Kepada warga WM, tentu sudah memikirkan apa yang perlu dilakukan selepas musim peperiksaan. Antara yang sudah terlintas pastilah pergi berjaulah, ingin melawat kawan-kawan dan juga perlu mengemas rumah bagi mereka yang akan berpindah. Ok, saya terlupa tulis yang paling anda teruja untuk lakukan iaitu ...balik kampung!

Bagi mereka yang ingin memindahkan barang, anda bolehlah  menghubungi pemandu Handzalah untuk menyusun temujanji anda. Temujanji untuk apa?

 Temujanji untuk memindahkan barang. InsyaAllah, kita boleh bergotong royong sama-sama.

Pemandu Handzalah : (k)Ezzati Jamil dan (k)Nurul Faizah Abdul Hamid

Ok, sekian penguguman untuk kali ini. Jumpa di BBQ petang ini di:

Tempat: Jannatul Huda
Masa   : 17:00-20:00

Sila-sila hadirkan diri. Mungkin ini BBQ yang terakhir bersama senior-senior yang bakal pulang ke Malaysia.[baca: sedih]

Wednesday, 8 June 2011

Sang Pencerah

Anda masih ingat sejarah tingkatan dua? kita belajar tentang ikhwanul muslimin, gerakan  kaum muda yang ditentang kaum tua, golongan reformis selepas jatuhnya khalifah hinggalah perjuangan pahlawan-pahlawan  tanah air seperti  Dato' Maharajalela, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain dalam menuntut keadilan dari penjajah British.


Baru -baru ini, salah satu tokoh yang pernah disentuh sedikit dari silibus tingkatan dua sejarah telah difilemkan.Sang Pencerah merupakan tajuk kepada filem ini. Mengisahkan tentang KH Dahlan, pengasas Madrasah Muhammadiyah. Kisah perjuangan beliau dalam melakukan tajdid pada masyarakat  sudah cukup membuatkan kita berfikir panjang akan apa yang beliau ingin perjuangkan. Jika anda masih pulang ke Malaysia, sangat direkemenkan untuk anda menontonnya.



Untuk membawa pembaharuan kepada sesebuah masyarakat, bukanlah satu tugas yang ringan. KH Dahlan adalah salah seorang tokoh sejarah kaum muda yang sedaya upaya membawa pembaharuan dari segi cara berfikir, cara untuk maju. Tentangan itu sentiasa ada, antaranya dituduh kafir, dirobohkan pondok tempat beliau mencurahkan ilmu dan ejekan-ejekan dari anak-anak muda.

Baca sini untuk ulasan dari Dr. Hafidzi

Selamat menonton!.