Saturday, 5 March 2011

Bumi Palestin itu?

Bismillahirrahmanirahim

Palestin, bumi anbia, bumi Isra’ , kiblat pertama , tidak terkira betapa signifikannya bumi ini pada kita, umat Islam yang menjunjung kalimah Lailahailallah. Apakah nasib palestin kini? Adakah anda tahu?. Mungkin akan lebih jelas apabila anda membayangkan situasi ini berlaku pada diri anda.

Situasi pertama.


Anda bersama-sama dengan rakan-rakan sekuliah anda yang majoritinya bukan muslim, pada suatu hari anda bersembang tentang kancah politik, kemanusian dan keadilan sosial yang sedang hangat diperkatakan kini. Tiba- tiba salah seorang rakan anda bertanya pada anda tentang apakah nasib Palestin  dan bagaimana mereka boleh menjadi sebegitu rupa? . Apakah anda mampu menjelaskan kepada beliau akan nasib saudara seaqidah kita dengan sebaiknya  beserta usaha-usaha kita dalam membantu mereka ataupun kita hanya mampu berkata, “maaf, saya tidak tahu”.

Situasi kedua.


Kelak kita pasti akan diadili di Padang Mahsyar, mahkamah yang paling teliti, adil dan tiada tempat untuk kita larikan diri. Apakah kita mampu menjawab apabila ditanya oleh Allah yang Maha Esa tentang apa usaha kita di dunia membantu saudara-saudara kita yang di uji dengan hebatnya?. Tarik nafas, pandanglah gumpalan awan yang berarak tenang, hitunglah nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya lalu bandingkanlah dengan usaha kita membantu dalam menegakkan kalimatNya.

Apa yang mereka(rakyat Palestin) perlukan dari kita?


kita bersama-sama mengikat janji setia untuk  taat pada Allah yang Maha Esa di bawah lembayung kalimah suci Lailahaillallah Muhammadurrasulullah?. Ya mereka perlukan material, mereka perlukan perlindungan, tetapi ada yang lebih hebat daripada itu yang sangat-sangat mereka perlukan iaitu doa dan kesatuan hati kita semua dalam bersama-sama membantu mereka memerangi musuh-musuh Allah . Sungguh, kita tidak mampu terbang kesana untuk bersama mereka, tetapi tidak mungkin kita hanya duduk senang- lenang di sini, menguruskan hal diri tanpa ada usaha untuk membantu mereka?.  Tarik nafas, lihatlah betapa luasnya bumi yang disediakan untuk hambaNya, maka lihatlah.

Siapakah mereka?

 Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian. 

Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?” 
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”
                                                               (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Marilah kita bersama- sama mendoakan mereka dan berusaha untuk membantu mereka sehabis mampu kita. Kita ingin menjadi mereka yang berada di sekitarnya, tidak mungkin dari segi geografinya, tetapi dari segi tautan hati antara kita dengan mereka.Ingin tahu lebih lanjut apakah kaitan Palestin dengan kita?. Tunggu apa lagi, selagi jantung berdetak, hati masih terasa akan nikmatNya, mata belum buta melihat kehebatanNya, telinga masih bisa mendengar kalimahNya, marilah bersama-sama kita mengimarahkan MKP yang akan dianjurkan oleh IKRAM WM julung-julung kalinya. Gapailah sebanyak mungkin bekalan di dunia sebelum jantung menamatkan tugasnya agar kita tidak rugi di hadapanNya. Ayuh!

Wallahualam.

Misi kasih Palestin
Tarikh: 18 Mac 2011
Masa : 7.00 pm
Tempat : University Of Birmingham

Ingin mendaftar: klik disini.



No comments: