Penulis: Dr. Abdul Rahman Ra'fat al-Basha Dijual di kedai Ikram WM harga: £5 sejilid. |
Assalamualaikum
Alhamdulillah, baru –baru ini Allah telah beri kesempatan untuk saya membaca buku 65 Kisah Sahabat, buku ini mempunyai dua jilid, iaitu jilid pertama dan kedua. Kisah –kisah sahabat yang diketengahkan sangat menarik kerana keluhuran sikap , keimanan dan ketaqwaan mereka. Seperti yang kita tahu, golongan ini adalah ‘core group’ pada proses dakwah yang berlaku suatu ketika dahulu, kecekalan dan ketabahan mereka dalam meyebarkan Islam memberi motivasi pada pembaca, menanam rasa ingin mencontohi mereka dan membakar semangat untuk menruskan usaha-usaha murni mereka dalam menyebarkan Islam. Cara penulis menceritakan kisah para sahabat ini juga sangat menarik kerana jalan ceritanya pendek, mudah difahami dan mempunyai nilai moral yang tinggi. Antara kisah- kisah sahabat yang dimuatkan dalam dua jilid buku ini ialah : Abu Zarr Al Ghiffari, Ikrimah bin Abu Jahal, Abu Ayyub al- Anshori dan banyak lagi.
Disini saya memetik salah satu bahagian dari kisah sahabat- sahabat yang ada, iaitu sahabat Rasulullah yang bernama Abu Darda’. Pada suatu hari, ada seorang pemuda meminta nasihat daripada beliau, lalu beliau pun memberi nasihat pada pemuda tersebut, nasihat tersebut ialah:
Disini saya memetik salah satu bahagian dari kisah sahabat- sahabat yang ada, iaitu sahabat Rasulullah yang bernama Abu Darda’. Pada suatu hari, ada seorang pemuda meminta nasihat daripada beliau, lalu beliau pun memberi nasihat pada pemuda tersebut, nasihat tersebut ialah:
1)WAHAI ANAKKU! INGATLAH ALLAH KETIKA SENANG, NESCAYA DIA AKAN MENGINGATIMU SEWAKTU KAMU SUSAH.
2)WAHAI ANAKKU! JADILAH SEORANG YANG BERILMU ATAU SEORANG YANG BELAJAR ATAUPUN SEORANG YANG MENDENGAR ILMU. JANGAN KAMU JADI ORANG YANG KEEMPAT(IAITU ORANG YG JAHIL),KERANA KAMU AKAN BINASA..
3)WAHAI ANAKKU, JADIKANLAH MASJID SEBAGAI RUMAHMU, SESUNGGUHNYA SAYA TELAH MENDENGAR RASULALLAH S.A.W BERSABDA:
"MASJID-MASJID ITU ADALAH RUMAH SETIAP ORANG YG BERTAQWA'' ALLLAH S.W.T TELAH MEMBERI JAMINAN KELAPANGAN,KERAHMATAN DAN DAPAT MELINTASI TITIAN SIRAT MENUJU KEREDHAANYA KEPADA SESIAPA YANG MENJADIKAN MASJID SEBAGAI RUMAH MEREKA.
Pada saya buku ini perlu dimiliki oleh setiap orang kerana isi kandungannya yang mantap, nilai moralnya yang tinggi, mudah dibawa kemana-mana dan sesuai dijadikan sebagai buku silibus usrah.
Bagaimana untuk mendapatkan buku ini? jangan risau, kami pihak IKRAM WM mempunyai stok buku ini dan menjualnya dengan harga yang berpatutan, berminat? Sila klik pada tab Kedai IKRAM WM atapun pada link ini. Semoga kita bersama- sama mendapat faedah di dunia dan juga akhirat.
No comments:
Post a Comment