Tuesday, 8 March 2011

Boleh Beri Saya Air Minuman Itu?

“Erm, pakcik, boleh beri saya 2 botol air Ribena?” kata Aiman, seorang budak berumur 7 tahun kepada Pak Sarip, seorang tauke kedai runcit.

"Jangankan 2 botol, 10 botol pon boleh nak." jawab Pak Sarip tersenyum. Aiman membalas senyuman itu dengan penuh keriangan..=)

********


Itulah situasi yang seringkali kita lalui di Malaysia mahupun di UK, Alhamdulillah amat mudah untuk kita mendapatkan keperluan harian seperti air dan sebagainya. Namun, sedarkah kita, jauh beribu-ribu kilometer disana, terdapat golongan-golongan manusia yang amat susah untuk mendapatkan keperluan harian mereka. Kita lihat saudara-saudara kita di Palestin, jangankan air Ribena, hendak mendapatkan bekalan air kosong pun amat payah..

Sudah bertahun lamanya, Israel telah bertungkus lumus pagi dan petang, siang dan malam, berusaha untuk mengawal (baca: menyekat) punca-punca bekalan air di kawasan penduduk Palestin dan menghalang penduduk Palestin dari menggunakan air dari punca-punca tersebut.

Dalam mana ketika penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza menderita mengalami krisis sekatan bekalan air bersih yang amat-amat kritikal, penduduk haram Israel di Tebing Barat pula sedang asyik bersuka-ria bermandi-manda di kolam-kolam renang mewah tanpa perasaan segan silu.

Analoginya mudah, cuba anda bayangkan anda sedang berada direstoran mamak di Malaysia (UK if you like). Anda datang ke situ, duduk dan menempah Nasi Ayam Rose beserta  Tembikai Laici Ais..Sudah tentu anda berharap agar makanan anda segera sampai kerana sudah hampir 2 hari anda tidak menjamah nasi dek kerana sibuk dengan assignment dan sebagainya. 

Namun, harapan hanya tinggal harapan..Setelah 2 jam menunggu, makanan tidak pun sampai. Usahkan makanan, kelibat sudu dan garfu pun tidak kelihatan.Lebih meng"gembira"kan lagi, anda dapat lihat orang yang disebelah anda yang baru saja duduk tak sampai 10 minit sudah pun mula menjamah Nasi Ayam Rose kegemaran anda.

"Wah, ini sudah lebih..Saya lebih “berhak” untuk dapatkan makanan tu sebab saya yang datang dulu!" getus hati kecil kita.

Nah..Apa perasaan anda ketika itu? Tepuk dada tanyalah hati..=)

Yaa para pembaca sekalian.. Begitulah perasaan penduduk-penduduk dibumi Palestina yang ditindas dibumi mereka sendiri..Ya! Di BUMI SENDIRI!..

Persoalannya sekarang,WHO’s IN CONTROL? WHO? Palestinian or Israeli??

Setelah wilayah Palestin diduduki pada tahun 1967, Israel telah menggunakan perintah tentera untuk mengisytiharkan semua sumber air di kawasan itu milik umum ..Tanah sepanjang sungai Jordan juga dinyatakan sebagai “Zon Tentera Tertutup” dan semua petani Palestin dikeluarkan dan dilarang bertani di daerah tersebut ..

Israel juga telah memperkenalkan sebuah sistem yang menghalang warga Palestin dari memanfaatkan sepenuhnya sumber air mereka untuk kegunaan dan keperluan asas  mereka. Syarikat air Israel ‘Merkorot menguasai sebahagian besar bekalan air Palestin .. Syarikat ini membekalkan penduduk Palestin dengan air yang awalnya dicuri dari sumber-sumber  air dari tanah Palestin, dan kemudiannya  mereka mengenakan bayaran untuk air itu.Dengan cara ini, warga Palestin sebenarnya membayar Israel untuk menggunakan sumber air yang sebenarnya merupakan hak mereka!

Merkorot bertanggung jawab untuk membekalkan kira-kira setengah keperluan bekalan air penduduk Palestin pada musim panas dan syarikat ini bertindak mengurangkan jumlah air yang disediakan hingga 25% untuk mengimbangi permintaan yang lebih tinggi di Israel dan penempatan di kawasan-kawasan tanah rampasan.

Penduduk Palestin juga dilarang oleh Israel untuk menggali perigi sewenang-wenangnya dan kedalaman perigi yang dibenarkan untuk digali telah diberi had, dan had ini biasanya satu perempat kedalaman perigi Israel..
Hah,ini baru satu krisis,yakni krisis air..Belum lagi kita lihat krisis-krisis lain yang dihadapi oleh penduduk-penduduk Palestin.


Mungkin bagi kita,krisis ini merupakan krisis yang klise atau biasa-biasa saja..Dan mungkin juga kita terlepas pandang dek kesibukan kita melayari kehidupan seharian kita dan kita tidak merasa apakah pentingnya isu palestin ni..Jika sebelum ini kita merasakan begitu dan sekarang ini kita mulai sedar,ayuh,jangan biarkan kesedaran yang mula berputik itu layu begitu sahaja..Sama-sama kita mula membajai tunas-tunas kefahaman kita berkenaan isu Palestin kerana Isu Palestin bukan hanya isu penduduk Palestin TETAPI ia adalah isu saudara kita dan isu UMAT ISLAM secara keseluruhannya.

Sama-sama kita mendoakan saudara-saudara kita disana agar mereka terus sabar dan teguh dalam perjuangan mereka mempertahankan Bumi Palestina seterusnya membantu mereka dengan segala kemampuan yang kita ada kerana Allah berfirman didalam kitabNya;

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (As-Saff:10-11)

Setiap penny yang kita sumbangkan amatlah berharga demi membayar pengorbanan yang telah mereka lakukan..Semoga Allah mengganjari segala sumbangan dan usaha kita dengan ganjaran yang sebaik-baiknya yakni syurga InsyaAllah.

Wallahualam.

P/s: Jom daftar MKP!(^_^) Klik sini

Sumber gambar di sini, sini dan sini.

3 comments:

Anonymous said...

salam,
suka dengan entri ni sebab sentuh pasal keperluan yang semua orang ada dan guna(perlu), hatta dalam badan kita pun, hampir 70% adalah air, bila baca entri ni terbayang peritnya kalau takde air, ni baru satu isu yang di tulis iaitu AIR, belum lagi elektrik, jalan raya dan sebagainya,saudaraku disana , bersabarlah.. air si syurga tAkkan berhenti mengalir untuk kalian kelak.

Anonymous said...

Tersentuh sgt dgn artikel ni.terasa betapa mewahnya kehidupan yg dinikmati skrg dan terlupa akan penderitaan saudara kita di Palestine.
JZKK pada yg menulis =)

Anonymous said...

salam..ada orang kate ribena ada alkohol..mohon rujuk akan perkara ini ya..
btway, nice artikel even with a simple analogy.. :D